Si Pujangga Mimpi

Malam tiba.....
Kala embun masih menari...
Berpaut daun bersandar nan diam...
Tiba waktu..ia akan ilang...dr leher untuk rantai...
peninggalan dia buat diriku...

Subuh datang.....
bawa kesedaran...tika fikiran masih termenung....
hakikat lama yang di harap hanya mimpi....
ianya nyata dan bukan khayalan...termangu lagi....
satu hari kau kan pergi...kerna aku ada sudah yang di cintai...

Siang bertandang....
terik hingga embun nampak gila kalau wujud...
maka hilanglah semua duka semalam....
di bawa pergi lesap bagai mencelik mata....
aku...berharap kali ini ia bukan mimpi.....

KERANA AKU SUDAH ADA YANG MENCINTAI........

Monday, 1 August 2011

PAGE 1 Ramadhan : 1st tarawikh..1st Sahur.. 1st Iftar.... 1st Ramadhan

Assalamualaikum..........

Alhamdulillah...bulan rahmat lgi baraqah telah tiba lagi.....bulan yg ibadah di janjikan pahala berlipat kali ganda....senang hati bila ramadhan menjengah lagi....masa keemasan tuk kita sesama memantapkan iman oh yeah........

Alhamdulillah...syukur sangat2...bahagia btol malam td dapat pergi tarawikh ramai2 dgn my mom, my dad n my lil sister...also my cousin n lil niece....jalan2 sesama...balik pun sama2.....satu kesyukuran n bahagia sangat......

1st tarawikh

Hari pertama surau ini kami sekeluarga serbu >_<
Walaupun solat terawih ini adalah sunat tetapi bila lagi nak rebut peluang keemasan inikan. Lebih-lebih solat terawih hanya dapat dilakukan setahun sekali. Terlampau banyak kelebihan solat terawih ni yang kita terlepas pandang. Kadang-kadang siap dengan sikap acuh tak acuh lagi.... ( aku dulu time kat UMS pya liat nak pg.. )
Jadi untuk menyemarakkan lagi semangat kita untuk menunaikan solat terawih dari hari pertama hingga akhir ni M.J post kat bawah ini kelebihannya....setiap harinya ada kelebihan..
Kelebihan Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.
Kelebihan Malam Ke-2
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.
Kelebihan Malam Ke-3
Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.
Kelebihan Malam Ke-4
Akan memperolehi pahala sebagaimana phala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
Kelebihan Malam Ke-5
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.
Kelebihan Malam Ke-6
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.
Kelebihan Malam Ke-7
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.
Kelebihan Malam Ke-8Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.Kelebihan Malam Ke-9
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.
Kelebihan Malam Ke-10
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.
Kelebihan Malam Ke-11
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.
Kelebihan Malam Ke-12
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.
Kelebihan Malam Ke-13
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.
Kelebihan Malam Ke-14
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.
Kelebihan Malam Ke-15
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
Kelebihan Malam Ke-16
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.
Kelebihan Malam Ke-17
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
Kelebihan Malam Ke-18
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).
Kelebihan Malam Ke-19
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
Kelebihan Malam Ke-20
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekalian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.
Kelebihan Malam Ke-21
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.
Kelebihan Malam Ke-22
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.
Kelebihan Malam Ke-23
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.
Kelebihan Malam Ke-24
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut
Kelebihan Malam Ke-25
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.
Kelebihan Malam Ke-26
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
Kelebihan Malam Ke-27
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.
Kelebihan Malam Ke-28
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.
Kelebihan Malam Ke-29
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.
Kelebihan Malam ke-30
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.
Tu dia , dari hari pertama hingga akhir tu. Apa yang penting adalah pastikan kita mengerjakan ibadah yang wajib dulu. Jangan plak gara2 nak buat solat terawih sembayang Maghrib ditinggalkan. Itu dah salah tu icon smile 30 Kelebihan Solat Terawih – Malam Pertama Hingga Akhir … Semoga kita lebih bersemangat dibulan Ramadhan kali ini

poyo 1
poyo 2
poyo berkembar hahaha
wif my mom after doned tarawikh
lepak2 wif my dad 

1 Sahur

Huhuhuhuhu...alhamdullilah terbangun sahur hari yg pertama...berkat vokal cik tipah.......... i lurveeeeeeeeee that high vokal of tipah hehehehhehe a.k.a my mom....so pepagi lagi ade nasi puteh,ulam2,telor goreng..n rendang ayam.......tp tak lalu nak makan, so just minum air teh saja ;)
ayaq teh
rendang sempoi sempoi my mom cakap...which mean yg main2 letak je huhuhuhu
So bila cakap tentang sahur mesti kene ade niat.....so just nak sharing d caring...M.J ni takde la pandai sangat..tp just nak share...kalo nak tunggu pandai sangat br nak share...payah la plok kan??..so mane yg kurang harap dapat diperbetulkan.
Niat puasa tak wajib dan tidak juga sunat berniat dalam bahasa Arab, kalo dlm bahasa Melayu atau apa-apa bahasa yang kita fahami. Tetapi baik dan berpahala jika diamalkan dalam bahasa Arab dengan niat kita cinta kepada bahasa Arab sebagai bahasa Nabi Muhammad s.a.w. dan bahasa Al-Quran.

So ade juga kadang2 dgr... "saya lupa niat posa la sahur tadi...so takyah posa la" kalo di ikutkan sekadar bangun sahur pun dh kira berniat tuk puasa wahai kawan2ku...so jgn mengambil perkara puasa itu sesuatu yg susah walhal senang lagi mudah...nak tak nak cuma atas kita...hehehhehehe kan kan kan? Waktu berniat lak bermula daripada terbenam matahari, yakni masuk waktu sembahyang fardhu Maghrib hinggalah sebelum terbit fajar shadiq (waktu Subuh). Oleh itu, bolehlah dilakukan niat puasa pada mana-mana bahagian daripada waktu tersebut, walaupun semasa berbuka....wokeh?

Niat : 


نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى
Sahaja aku berpuasa pada esok hari, dalam bulan ramadhan,fardhu ke atas ku kerana Allah Ta'ala

1st Iftar@berbuka@Sungkai

meja dh chantek pya arrange...tp air still dlm fridge..bg cejukkk baekkk pya >_<
rendang daging itam...cuit2 je...diet konon hahahhaha =_=

pe pe pun kawan2...sohabat2 sekalian

SALAM RAMADHAN

1 comment:

  1. Fuyyyoooooo. . . . . Cedapnye. . . Ensem pakai jubah. . Hik hik hik. . . :-)
    tenang jerk tengok. . .

    ReplyDelete